Monday 31 December 2012

happy new year!!!

kurang sejam lagi, melangkah la kita semua ke tahun 2013... cepat betul masa berlalu kan, rasa macam baru je melalui 1 januari 2012, ni dah nak jumpa 1 januari 2013... alhamdulillah...

azam baru?? takde yang spesifik rasanya... yang penting, aku nak lalui setiap saat dalam kehidupan yang Allah berikan ni dengan syukur dan ikhlas... tunaikan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sehabis baik... dan yang paling penting, berubah ke arah menjadi mukminah yang lebih baik... =)

Ya Allah, permudahkanlah....

Sunday 23 December 2012

wedding...

hujung2 tahun ni memang jenuh la memenuhi undangan perkahwinan... walaupun jauh di sudut hati ada persoalan "bila plak turn aku ni?", tp aku takde la sampai tension2 atau berdukacita memikirkan jodoh yg belum tiba... sebab aku PASTI, Allah punya perancangan yg terbaik untuk aku...

dan yang pentingnya jugak, aku happy dan sangat2 bersyukur dgn semua nikmat yg Allah dah beri setakat ni... hidup ni terlalu singkat utk dibazirkan dgn persoalan2 yg kita sendiri takde jawapannya...

so, buat apa nk sedih2... hidup mesti happy!!!

* ni je la gmbr yg rajin nk di'upload' kat sini...



Friday 10 August 2012

raya !!!

dengan ini diumumkan cuti raya bagi semua sekolah2 di Malaysia akan bermula 16 OGOS 2012... tak kisah la cuti berganti pun... yang penting semangat cuti raya (padahal aku ni bukannya nak balik kampung jauh2 pun)

tapi nak kata semangat beria nak sambut raya sangat pun idak la jugak, baju raya pun sepasang je, tu pun kain biasa2 je, takde meriah2 pun, dah senior2 ni (tak mau ngaku tua tau) tak excited sangat la nak berbaju raya tu... takpe la, yg penting kesederhanaan menyambut hari lebaran... *mood insaf*

dah dekat nak raya ni mula la mcm2 iklan raya yg keluar... kalo dulu2 biasanya iklan petronas hasil karya arwah yasmin ahmad yg ditunggu2 sebab iklan raya dia mmg ada 1001 makna, jenis makan dalam punya...

tapi tahun ni rasanya the award goes to this ad...


gila touching tau... bergenang2 air mata aku tengok iklan ni... w/pun tugas aku setiap hari berhadapan dgn anak2 mcm ni, tp bila dah didramakan mmg tangkap sayu... huhu...

Monday 28 May 2012

ada apa dengan cuti sekolah....

cuti datang lagi!!! dua minggu tu... kalo aku kata "boring cuti ni, lebih baik kerja", konfem ramai yang nak ketuk kepala aku dan kata aku tak bersyukur... orang lain puas kena ngadap bos nak dapat cuti, aku yang memang dah dianugerahkan cuti ni boleh plak rasa macam nak kerja.... hehehe...

kalau cuti2 macam ni dihabiskan dengan pegi travel ke, bercuti kat pulau ke, memang happening la.... ni dah terperuk membina badan kat rumah, memang BOSAN GILA LA... tapi nak pergi jalan mana pun tak tau, abis2 pun menjelajah la semua shopping complex yang ada kat ipoh ni.... ish ish...

sebenarnya, bukan takde menda nak buat, projek2 sekolah yang takde masa nak disiapkan time sekolah, time2 cuti gini la nak disudahkan, tapi masalahnya CIK RAJIN belum check in lagi dalam diari hidup aku sekarang untuk mengadap kerja2 sekolah...

akhirnya, ni la antara salah satu aktiviti aku cuti2 ni....


apa lagi, layan citer korea la.... ♥♥♥

Thursday 19 April 2012

badminton....

alkisah, semalam bawak budak2 aka anak2 murid main badminton kt SUNWAY EXTREME PARK... kitorang sewa court untuk 2 jam... mula2 macam biasa la, buat la strecthing lebih kurang dengan diorang ni... dah tu ajar la sikit2 teknik camne nak main badminton (macam la pernah main wakil sekolah pun)...

pastu, kitorg cikgu2 ni pun main la sama dengan anak2 murid yang terchenta ni... dan aku pilih untuk main dengan MUQRI... budak ni takde la OKU sangat pun, slow sikit je, even cara main pun boleh ngalahkan budak2 mainstream...

aku ni dah dapat pegang raket, mula la main beria bagai, terlompat, berlari abih la satu court tu...


ada la sikit2 buat gaya macam Dato' ni.... (boleh caya tak??) hehe...
nampak tipu sangat kalo aku cakap aku boleh buat camni..

dek kerana badan aku ni dah lama tak dipaksa buat aktiviti2 camni, akibatnya terpaksa la tanggung sakit sengal2 satu badan... nak jalan pun dah macam robot, nak sujud time solat pun kemain seksa rasanya... nasib baik hari ni cuti, dapat la merehatkan badan ni, tu pun still rasa sakit2 lagi.... huhu...

p/s : adakah ini faktor umur atau akibat jarang exercise.... huh, i need to change my lifestyle... perlu lebih exercise...

Sunday 15 April 2012

Hindustani...

Jujurnya aku bukanlah peminat tegar citer2 hindustan ni, zaman2 belajar dulu ada la tengok, kalo citer2 yg famous macam kuch kuch hota hai, dil tu pagal hai, memang layan la...

Tapi ada satu citer ni memang aku suka sangat2!!! Pada aku citer ni bukan je best tapi sangat2 mengingatkan aku pada memori masa zaman U dulu, memang geng2 aku pun layan citer ni...

Citer apa kah yang dimaksudkan?? HUM SAATH SAATH HAIN... Citer ni memang sangat2 kekeluargaan, takde orang jahat, lawan2 bagai ni, cuma ada 3 makhluk yang suka mencucuk2 si emak tu je la... Dulu2 masa belajar, abis kelas je, masuk bilik, on PC (masa tu xde lappy lagi), terus masuk cd citer ni...


Akibat perpindahan rumah yang beberapa kali ni, cd tu tak tau la dah terkubur ke mana... tp last month bila adik aku balik dari UIA, check2 hard disk dia, rupa2nya ada citer ni.... Apa lagi, bersemangat waja la mak jemah meng'copy' citer tu....

Hehehe, tak pasal2 entry pasal hindustan, dah takde keja sangat la tu... 

Saturday 14 April 2012

Apa rasanya ye...

Apa rasanya ye bila berdepan dengan situasi macam ni...

A : apa la si B ni... pok pek pok pek...
Aku : biar la, nak buat camne, dah sifatnya macam tu

On the other side...

B : geram la aku dgn si A tu, suma menda tak boleh, cerewet sangat...
Aku : kalo rasa tak boleh nak ikut kehendak dia, pi la bagitau, cakap kat aku ni apa yang aku boleh buat...

Kesimpulannya, aku cemuih la bila kena face benda-benda camni, tapi nak buat macam mana, dah bekerja dengan manusia, terpaksa la hadapinya jugak... dan yang paling aku risau kalau orang kata aku ni talam dua muka...

Conclusion, SILENT IS THE BEST... kalau takde apa-apa yang nak dicakap, lebih baik diam, dah tentu takde buat dosa... :-)

Monday 2 April 2012

nak bersihkan sawang...

lama betul tak meng'update' kan blog ni... memang la pun takde bakat menulis, tapi sesekali tu terasa jugak la nak meluahkan isi hati... *cheewahhhh*

pejam celik pejam celik, dah masuk bulan APRIL 2012... hujung bulan ni, genaplah usia aku 32 TAHUN *age is just a number*.... dan dalam usia ni masih single mingle.... (buat masa ni tu fakta yang tak boleh diubah)

kalo ada yang bertanya perasaan aku saat ni, tipu la kalo aku cakap aku tak rasa sedih dengan title SINGLE tu, tapi seiring dengan pertambahan usia (dan harapnya kematangan jugak), aku sentiasa set dalam hati dan otak ni, apa jugak yang Allah dah aturkan untuk aku pastinya yang terbaik... so, teruskan hidup setiap hari dengan berlapang dada dan senyum sentiasa *motivasi ni*

ramai yang tanya, "takkan takde calon", "kamu ni memilih sangat kot", dan macam-macam lagi la soalan cepu mas tahap moneydrop punya... kalo nak kata memilih, takat ni daripada ex-tunang aku sampailah semua jejaka-jejaki yang aku cuba kawan, belum ada lagi rasanya yang lekeh-lekeh (ikut standard piawaian aku la)... yang level-level SPM pun ada je, nak buktikan aku ni bukan lah memilih sangat (tapi bukanlah kira main rembat je)... tapi dah Allah tentukan buat masa ni belum sampai lagi jodoh aku, aku terima la dengan hati yang redha...

untuk member-member yang seangkatan dan sekapal dengan aku, satu je prinsip aku, bersyukur la dengan apa yang Allah dah kurniakan setakat ni, bersyukur la dengan title single tu, sekurang-kurangnya kita tidak terheret ke api neraka atas dosa menderhaka pada suami (mudah-mudahan dosa yang sedia ada tu diampunkan Allah)...