Monday 6 May 2013

Back to business everyone!

Selesai sudah PRU 13. Suka atau tidak dengan keputusannya, hidup tetap perlu diteruskan. Dalam FB penuh dengan penganalisis politik yang bertauliah dan tak bertauliah yang memberikan pendapat masing-masing. Takpe la, Malaysia negara demokrasi.

Dalam banyak-banyak status selepas PRU ni, rasa-rasanya yang ni mewakili rasa hati aku sekarang ni. (Nak susun ayat sendiri tak pandai, salin ayat orang je la)

PRU sudah tamat!

Kepada sahabat-sahabat dalam BN yang menang, tahniah! It's time to walk the talk. Allah sengaja meletakkan Surah an-Nasr di dalam al-Quran agar manusia tidak lupa kemenangan pembukaan Kota Mekah disusuli dengan 'Tasbih, Tahmid dan Istighfar'. 

Saya harap ada banyak pembaharuan kepada Malaysia selepas ini terutama dalam hal pengagihan kekayaan negara dan keseimbangan media. Malah semangat prinsip 'federalisma' dilaksana dengan penuh ukhwah. Tidak ada double standard antara kerajaan persekutuan dengan negeri walaupun yang diperintah PR.

Kepada sahabat-sahabat dalam PR, kekalahan ada hikmahnya. Boleh jadi ada dosa-dosa yang Allah tidak melayakkan untuk menang lagi. Buatlah post-morterm. Perbaiki kelemahan, perkukuhkan kekuatan. Tempat yang rakyat berikan kepercayaan samada di negeri atau parlimen, tunaikanlah janji mengikut bidang kuasa kerangka perlembagaan. Jika ada kekaburan sepanjang perjalanan PRU13, kumpulkan bukti dan bawa ke mahkamah.

Allah sentiasa melihat. Rakyat sedang memerhati. Yang tidak amanah akan dihukum kalau bukan setiap 5 tahun, selepas mati itu pasti!

Ayuh! Back to business everyone!

~ From Amin Idris Official Fan Page~