Thursday 15 August 2013

Lamanya terbiar...

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Semoga kedatangan Syawal tahun ini memberi makna untuk kita semua..

Sebenarnya tak ada apa-apa pun nak di'story'kan. Raya tahun ni pun macam biasa je, in fact agak sunyi sebab semua balik rumah mertua, tapi kiranya sambutan yang paling rilex la.

Sebut bab raya ni, yang paling malas nak menziarah ni, bila mana aku terpaksa menahan soalan-soalan cepu mas, letih rasanya nak menahan rasa, tapi apa nak buat kena harung je la, jawab je la dengan senyum yang tak berapa nak manis ni.

Rasanya lepas ni kalau ada yang terlebih caring nak bagi soalan cepu mas ni, aku nak tunjuk pic ni je ;-)



Monday 6 May 2013

Back to business everyone!

Selesai sudah PRU 13. Suka atau tidak dengan keputusannya, hidup tetap perlu diteruskan. Dalam FB penuh dengan penganalisis politik yang bertauliah dan tak bertauliah yang memberikan pendapat masing-masing. Takpe la, Malaysia negara demokrasi.

Dalam banyak-banyak status selepas PRU ni, rasa-rasanya yang ni mewakili rasa hati aku sekarang ni. (Nak susun ayat sendiri tak pandai, salin ayat orang je la)

PRU sudah tamat!

Kepada sahabat-sahabat dalam BN yang menang, tahniah! It's time to walk the talk. Allah sengaja meletakkan Surah an-Nasr di dalam al-Quran agar manusia tidak lupa kemenangan pembukaan Kota Mekah disusuli dengan 'Tasbih, Tahmid dan Istighfar'. 

Saya harap ada banyak pembaharuan kepada Malaysia selepas ini terutama dalam hal pengagihan kekayaan negara dan keseimbangan media. Malah semangat prinsip 'federalisma' dilaksana dengan penuh ukhwah. Tidak ada double standard antara kerajaan persekutuan dengan negeri walaupun yang diperintah PR.

Kepada sahabat-sahabat dalam PR, kekalahan ada hikmahnya. Boleh jadi ada dosa-dosa yang Allah tidak melayakkan untuk menang lagi. Buatlah post-morterm. Perbaiki kelemahan, perkukuhkan kekuatan. Tempat yang rakyat berikan kepercayaan samada di negeri atau parlimen, tunaikanlah janji mengikut bidang kuasa kerangka perlembagaan. Jika ada kekaburan sepanjang perjalanan PRU13, kumpulkan bukti dan bawa ke mahkamah.

Allah sentiasa melihat. Rakyat sedang memerhati. Yang tidak amanah akan dihukum kalau bukan setiap 5 tahun, selepas mati itu pasti!

Ayuh! Back to business everyone!

~ From Amin Idris Official Fan Page~

Friday 5 April 2013

Bodoh Tak Dapat Diajar, Pandai Tak Dapat Mengajar

Gigih la dok google cari maksud peribahasa ni. Mulanya nak cari maksud BODOH SOMBONG, tapi jumpa yang ni kira ok jugak la kannnn

Menurut sumber Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa kat atas tu maksudnya, berlagak pandai dan tak mahu mengikut bicara orang (ni Indonesia punya kamus la ni). Tak kisah la, janji faham.

Dalam dunia pekerjaan (dalam apa-apa keadaan rasanya), mesti akan rasa menyampah sangat-sangat kalau ada spesis yang disebut di atas dalam team kita kan. Dah la tak reti, berlagak pandai pulak tu. Bila ditegur, mulut muncung itik macam boleh ikat, bila bagi buat kerja, hasilnya hampehhhhh.

Macam mana la tak hangin satu badan? Baik lagi la orang yang memang betul-betul tak tahu tapi ada keinginan untuk belajar dan sedia untuk ditegur walaupun perlu diajar slow gila macam siput.

Di kalangan rakan sekerja aku ni ada dua orang yang penyakit kronik macam kat atas tu. Dan memang hari-hari rasa nak luku je kepala diorang ni.

*Entri lepas geram, ayat pun rasa huru hara, pastu macam takde motip je. Ampunnnn, tengah jiwa kacau*

Friday 22 March 2013

Happy Holiday!!!

Hari ni start la cuti sekolah untuk seminggu. Syok oooooo dapat cuti, lelah rasa pegi sekolah hari-hari. Oppppps, don't get me wrong! Aku bukannya tak suka ngajar atau jumpa dengan anak-anak murid, tapi BIG BOSS yang ada kat sekolah tu yang buatkan motivasi aku makin lama makin turun. So, cuti seminggu ni sampai pada masa yang tepat untuk aku meninggikan balik tahap motivasi dalam diri ni. *Ini statement poyo*

Sebelum cuti hari tu, masing-masing dah pakat buat plan nak pegi mana. Entah la, cuti kali ni langsung takde rasa nak berjalan sebab dapat duduk rehat kat rumah pun dah rasa nikmat sangat-sangat. Lagipun banyak keja nak buat since adik aku nak kawin awal bulan 5 ni. Nak tampal address kat kad, buat kotak untuk goody bag...

Adik aku nak kawin 11/5 ni tapi sampai sekarang tak boleh nak edar kad lagi. Sebab apa? Sebabnya, takut hari kenduri tu terkena pada hari PILIHANRAYA! Geram jugak la sebab nak plan apa-apa pun jadi susah. Anyway, harap-harap Pak Najib tak announce pilihanraya on 11/5, kalo tidak 1000 keping kad ooooooo nak kena tukar tarikhnya. Dah la bila bukak sekolah ni, setimbun gunung keja yang menanti.

Anyway, happy holiday to all. Manfaatkan cuti ni bersama keluarga tersayang tak kira di mana saja.

Love.




Monday 31 December 2012

happy new year!!!

kurang sejam lagi, melangkah la kita semua ke tahun 2013... cepat betul masa berlalu kan, rasa macam baru je melalui 1 januari 2012, ni dah nak jumpa 1 januari 2013... alhamdulillah...

azam baru?? takde yang spesifik rasanya... yang penting, aku nak lalui setiap saat dalam kehidupan yang Allah berikan ni dengan syukur dan ikhlas... tunaikan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sehabis baik... dan yang paling penting, berubah ke arah menjadi mukminah yang lebih baik... =)

Ya Allah, permudahkanlah....

Sunday 23 December 2012

wedding...

hujung2 tahun ni memang jenuh la memenuhi undangan perkahwinan... walaupun jauh di sudut hati ada persoalan "bila plak turn aku ni?", tp aku takde la sampai tension2 atau berdukacita memikirkan jodoh yg belum tiba... sebab aku PASTI, Allah punya perancangan yg terbaik untuk aku...

dan yang pentingnya jugak, aku happy dan sangat2 bersyukur dgn semua nikmat yg Allah dah beri setakat ni... hidup ni terlalu singkat utk dibazirkan dgn persoalan2 yg kita sendiri takde jawapannya...

so, buat apa nk sedih2... hidup mesti happy!!!

* ni je la gmbr yg rajin nk di'upload' kat sini...



Friday 10 August 2012

raya !!!

dengan ini diumumkan cuti raya bagi semua sekolah2 di Malaysia akan bermula 16 OGOS 2012... tak kisah la cuti berganti pun... yang penting semangat cuti raya (padahal aku ni bukannya nak balik kampung jauh2 pun)

tapi nak kata semangat beria nak sambut raya sangat pun idak la jugak, baju raya pun sepasang je, tu pun kain biasa2 je, takde meriah2 pun, dah senior2 ni (tak mau ngaku tua tau) tak excited sangat la nak berbaju raya tu... takpe la, yg penting kesederhanaan menyambut hari lebaran... *mood insaf*

dah dekat nak raya ni mula la mcm2 iklan raya yg keluar... kalo dulu2 biasanya iklan petronas hasil karya arwah yasmin ahmad yg ditunggu2 sebab iklan raya dia mmg ada 1001 makna, jenis makan dalam punya...

tapi tahun ni rasanya the award goes to this ad...


gila touching tau... bergenang2 air mata aku tengok iklan ni... w/pun tugas aku setiap hari berhadapan dgn anak2 mcm ni, tp bila dah didramakan mmg tangkap sayu... huhu...